Sunday, May 20, 2012

Penanggal

Dua Minggu Lepas.

Tengah elok gua melayan Qaseh kat fesbuk, tiba2 jiwa teruna gua tersentak dengan racauan makhluk puaka yang jugak housemate gua. Gua dah rasa nak terajang je laptop ni, tapi mengingatkan yang laptop ni banyak gambar Qaseh yang gila comel! Maka senyuman je yang gua lemparkan kat laptop ni. Gila comel kan gua? Keh3... Jadi gua mintak half-time kat makwe gua. Seterusnya gua pun cuba mengalihkan penerajang gua ni ke muka Leman. Ni mesti pesen2 tak reti basuh kaki sebelum tido ni. Ni dah masuk lapan belas juta kali gua pesan jangan tido maghrib2 ni.. Syaitan banyak. Walaupun gua tau yang Si Leman ni lebih syaitan dari syaitan. Gua tampar muka Leman barang 14 hingga 18 kali diselang seli antara pipi kanan dan kiri Si Leman.

"Lu ni dah kenapa tido meracau-racau?", soal gua ke Leman.
"Gua mimpi kena kejar dengan penanggal yang gua nampak itu hari", jawab Leman serius.
"Mimpi pasal tu lagi?", kemain banyak pulak soalan gua ni.
Leman mengangguk tanda mengiyakan soalan gua. Gua geleng kepala.

Gua tepuk dahi 28 kali.
Sejak mamat ni baru balik dari pantai timur itu hari, hampir setiap hari dia  meracau-racau. Jumpa penanggal katanya masa dalam perjalanan ke sana. Penat dah gua pesan jangan makan banyak sangat keropok lekor Kelulut 008 tu, degil! Keropok Kelulut 008 ni puaka ni pesen lain sikit, boleh sampai Kota Bharu orang beratur nak beli keropok dia. Gua bukan tak percaya kat Leman ni, cuma sejak dah kenal dia dalam setahun macam tu mamat ni sangat terkenal dengan kerendahan IQ dia yang tahap 1+1 pun dia bantai tekan kalkulator. Jadi bagi gua bukan penanggal tu yang tahyul tapi mungkin si Leman ni yang tahyul!

Seminggu Enam Hari Lepas.

"Lu ni betul ke nampak penanggal kat sana?", soal gua sambil angkat tangan gaya2 Karam Singh Walia.
Leman setakat mengangguk. Masih terkejut gua syak.

"Gua bukan tak percaya lu, tapi gua kena tengok sendiri dulu", jelas gua dengan gaya korporat.
"Lu ni susah sangat nak percaya gua, jom gua bawak lu pegi sana!", pelawa Leman penuh semangat.
"Bila?", ujar gua tanda berminat.
"Hujung minggu ni. Kita gerak malam", jawab Leman.
"Setel!", balas gua.

Seminggu Lepas.

Kami on the way ke pantai timur. Gua macam susah nak percaya. Bukan sebab gua dalam perjalanan pegi pantai timur nak tengok penanggal, tapi sebab gua perasan ada puaka yang tido kat seat penumpang dalam kereta gua. Ditambah dengan dengkuran tahap 7.8 pada skala Richter. Gua dah ada dah rasa bibit2 perasaan nak terajang Leman ni keluar dari kereta gua ni. Tapi disebabkan penanggal, gua tahan kan niat puaka gua tu. Kalau selalu Qaseh yang tido kat sebelah seat penumpang masa gua drive (Sumpah comel dia masa tido :) ). Tapi hari ni... takpe la gua simpan je makian gua untuk hari mendatang, ye dak?

Bila dah hampir je kat area yang Leman cerita dia jumpa penanggal gua kejut Leman.Gua kenal sangat tempat ni. Leman yang baru sedar terus berpeluh jantan tanda ketakutan. Okay gua dah rasa tak sedap hati.

"Hah cepat tunjuk ke gua mane penanggal kesayangan lu tu!", bentak gua sambil menampar manja pipi Leman.
"Lu ni buta eh? Tu kemain banyak lagi penanggal yang tengah terbang!", jawab Leman separa berani sambil menunjuk-nunjuk ke udara.

Gua tengok memang banyak yang macam api2 terbang kat udara. Tapi gua dah lama tau benda ni.
Gua dah agak dah jawapan "Bijak" ni akan keluar dari mulut syaitan ni. Leman dah mula menggigil sambil tutup mata. Gua macam biasa tetap steady. Sampai betul2 dekat satu papan tanda, gua berhentikan kereta. Gua pegang kepala Leman lalu gua halakan straight ke arah signboard tu. Gua suruh dia baca sebijik2.

"LOJI PENAPISAN MINYAK MENTAH RANTAU PETRONAS, KERTEH TERENGGANU"

Gua pandang Leman, Leman kembali pandang gua. Leman tersengih dengan muka yang macam mintak tapak kaki.


Hari ni.

Dah dekat seminggu gua tak bertegur sapa dengan Leman.

p/s : 5 benda yang gua suka kat pantai timur.
1. Qaseh
2. Heliza Helmi (#Kalau gua tak cross yang ni memang mati gua kena cubit!)
3. UAI
4. Masjid Sultanah Nur Zahirah
5. Kelulut 008
6. Dungun :p

Qaseh pernah cerita, masa dia kecik ayah dia drive kereta lalu kawasan ni. Dan dia dengan adik dia akan bukak tingkap tengok api yang keluar dari cerobong kat loji2 ni. Cantik kalau tengok malam2. Gua senyum bila dia cerita.

No comments:

Post a Comment