Sunday, May 20, 2012

Penanggal

Dua Minggu Lepas.

Tengah elok gua melayan Qaseh kat fesbuk, tiba2 jiwa teruna gua tersentak dengan racauan makhluk puaka yang jugak housemate gua. Gua dah rasa nak terajang je laptop ni, tapi mengingatkan yang laptop ni banyak gambar Qaseh yang gila comel! Maka senyuman je yang gua lemparkan kat laptop ni. Gila comel kan gua? Keh3... Jadi gua mintak half-time kat makwe gua. Seterusnya gua pun cuba mengalihkan penerajang gua ni ke muka Leman. Ni mesti pesen2 tak reti basuh kaki sebelum tido ni. Ni dah masuk lapan belas juta kali gua pesan jangan tido maghrib2 ni.. Syaitan banyak. Walaupun gua tau yang Si Leman ni lebih syaitan dari syaitan. Gua tampar muka Leman barang 14 hingga 18 kali diselang seli antara pipi kanan dan kiri Si Leman.

"Lu ni dah kenapa tido meracau-racau?", soal gua ke Leman.
"Gua mimpi kena kejar dengan penanggal yang gua nampak itu hari", jawab Leman serius.
"Mimpi pasal tu lagi?", kemain banyak pulak soalan gua ni.
Leman mengangguk tanda mengiyakan soalan gua. Gua geleng kepala.

Gua tepuk dahi 28 kali.
Sejak mamat ni baru balik dari pantai timur itu hari, hampir setiap hari dia  meracau-racau. Jumpa penanggal katanya masa dalam perjalanan ke sana. Penat dah gua pesan jangan makan banyak sangat keropok lekor Kelulut 008 tu, degil! Keropok Kelulut 008 ni puaka ni pesen lain sikit, boleh sampai Kota Bharu orang beratur nak beli keropok dia. Gua bukan tak percaya kat Leman ni, cuma sejak dah kenal dia dalam setahun macam tu mamat ni sangat terkenal dengan kerendahan IQ dia yang tahap 1+1 pun dia bantai tekan kalkulator. Jadi bagi gua bukan penanggal tu yang tahyul tapi mungkin si Leman ni yang tahyul!

Seminggu Enam Hari Lepas.

"Lu ni betul ke nampak penanggal kat sana?", soal gua sambil angkat tangan gaya2 Karam Singh Walia.
Leman setakat mengangguk. Masih terkejut gua syak.

"Gua bukan tak percaya lu, tapi gua kena tengok sendiri dulu", jelas gua dengan gaya korporat.
"Lu ni susah sangat nak percaya gua, jom gua bawak lu pegi sana!", pelawa Leman penuh semangat.
"Bila?", ujar gua tanda berminat.
"Hujung minggu ni. Kita gerak malam", jawab Leman.
"Setel!", balas gua.

Seminggu Lepas.

Kami on the way ke pantai timur. Gua macam susah nak percaya. Bukan sebab gua dalam perjalanan pegi pantai timur nak tengok penanggal, tapi sebab gua perasan ada puaka yang tido kat seat penumpang dalam kereta gua. Ditambah dengan dengkuran tahap 7.8 pada skala Richter. Gua dah ada dah rasa bibit2 perasaan nak terajang Leman ni keluar dari kereta gua ni. Tapi disebabkan penanggal, gua tahan kan niat puaka gua tu. Kalau selalu Qaseh yang tido kat sebelah seat penumpang masa gua drive (Sumpah comel dia masa tido :) ). Tapi hari ni... takpe la gua simpan je makian gua untuk hari mendatang, ye dak?

Bila dah hampir je kat area yang Leman cerita dia jumpa penanggal gua kejut Leman.Gua kenal sangat tempat ni. Leman yang baru sedar terus berpeluh jantan tanda ketakutan. Okay gua dah rasa tak sedap hati.

"Hah cepat tunjuk ke gua mane penanggal kesayangan lu tu!", bentak gua sambil menampar manja pipi Leman.
"Lu ni buta eh? Tu kemain banyak lagi penanggal yang tengah terbang!", jawab Leman separa berani sambil menunjuk-nunjuk ke udara.

Gua tengok memang banyak yang macam api2 terbang kat udara. Tapi gua dah lama tau benda ni.
Gua dah agak dah jawapan "Bijak" ni akan keluar dari mulut syaitan ni. Leman dah mula menggigil sambil tutup mata. Gua macam biasa tetap steady. Sampai betul2 dekat satu papan tanda, gua berhentikan kereta. Gua pegang kepala Leman lalu gua halakan straight ke arah signboard tu. Gua suruh dia baca sebijik2.

"LOJI PENAPISAN MINYAK MENTAH RANTAU PETRONAS, KERTEH TERENGGANU"

Gua pandang Leman, Leman kembali pandang gua. Leman tersengih dengan muka yang macam mintak tapak kaki.


Hari ni.

Dah dekat seminggu gua tak bertegur sapa dengan Leman.

p/s : 5 benda yang gua suka kat pantai timur.
1. Qaseh
2. Heliza Helmi (#Kalau gua tak cross yang ni memang mati gua kena cubit!)
3. UAI
4. Masjid Sultanah Nur Zahirah
5. Kelulut 008
6. Dungun :p

Qaseh pernah cerita, masa dia kecik ayah dia drive kereta lalu kawasan ni. Dan dia dengan adik dia akan bukak tingkap tengok api yang keluar dari cerobong kat loji2 ni. Cantik kalau tengok malam2. Gua senyum bila dia cerita.

Thursday, May 10, 2012

Rayyan

Nama gua Leman. Lepas je makan tadi gua renung jauh ke luar tingkap sambil hembus asap rokok keluar dari mulut. Berkepul-kepul...kemain banyak lagi keluarnya. Ni kalau tak esok lusa memang boleh ke kubur gak gua jawapnye ni. Pandangan luar Flat 5 tingkat kat kawasan elit hari ni macam biasa,sibuk sangat. Entah apa yang dihadapkan makhluk-makhluk ni.. Semua bantai nak tuju satu tempat, Pusat membeli-belah Satu Utama la...Lengkuk la.. Bawak2 la ke mesjid ye dak? Tapi bukan syaitan2 beli belah ni yang tengah ligat dalam kepala gua. Tapi Rayyan. Sejak kenal mamat ni dalam setahun lepas,gua dok perati mamat ni. Dan lepas setahun ni jugak gua boleh angkat tangan letak kat dahi, tanda salute gua yg tak berbelah bagi kat mamat ni. Bukan gua gay sebab gua pegi stalk si Rayyan ni, tapi sebab gua anggap dia ni The Special One. Spesis lelaki yang dah rare nak jumpa kat bumi ni.

Rayyan. Mamat ni kalau tengok muka dia memang jadi senang hati. Sangat simple orangnya, mudah mesra. Selalu senyum,sepet mata. Kalau ada "Anugerah Manusia Paling Bahagia" gua memang undi banyak2 bagi mamat ni menang. Tapi tu dulu masa mula2 gua kenal  dia. Sumpah gua tak penah tengok mamat ni sedih. 28 jam senyum gembira..buat orang ketawa. Baik gila! Lepas setahun kenal baru gua tahu dia ada jugak masalah dia sendiri..keluarga,adik2... dan Qaseh. Tapi dia tak penah tunjuk, dia tak suka tengok orang2 yang dia sayang sedih katanya.

Dah hampir setahun dia keje, keje pulak bukan calang2...level2 professional. Tapi masih naik kapcai buruk dia pegi keje. Penah jugak gua tanya..

"Woi! Lu ni hujan2 pun bantai pegi keje naik moto..kang demam sape susah?! Tak nak gua,  suap lu makan time lu demam. Kereta kan ada..bawak jela.."

"Wah kemain sedap bahan gua eh.. ala biar la Mak,Abah,Adik2,Qaseh je yang naik kete tu....gua kan Iron Man! Ala Leman kata slepping partner..apadahal suap2 ni kan... Kah3..."

Tipikal Rayyan. Family dan Qaseh. Tu je dalam kepala dia. Susah gila2 cam mane pun dia tak kisah. Gua yg paling tak boleh blah dia stil pakai henfon cap ayam. Gua syak kalau nak keluar kan dari poket pun malu.. Entah2 off sound 28 jam bagi vibrate je..Keh3..

"Bro pakai la Smart Phone...gaji ribu2, takkan la angkat satu pun tak boleh. Kedekut gila!" Kata gua sambil jelir lidah mengejek sambil tayang2 iFon 4S gua.

Rayyan senyum je. Gua dah start gelabah dah ni..macam rasa nak kena dah gua ni..

"Saudara Leman..meh gua sekolah kan lu barang sekilo dua sikit. Soalannye berbunyi begini..jeng3.. Lu kalau ada Mak Abah Adik + awek yang lu sayang sangat2...yg lagi perlu lu bantu. Mane lu akan pilih Telefon Bijak atau dorang?" Terdiam gua.

Kalau time tu ada paip air dengan sejadah, sumpah gua terus solat terawih! Rasa nak berkaca jugak mata gua dengar soalan dia. Gua macam biasa, takde jawapan untuk soalan dia. Tersenyum Rayyan.

Rayyan sangat2 low profile.Sekali pandang tak ubah macam rempit2 jalanan. Seluar skinny, selipar jamban, tshirt round neck. Takde gaya professional la kira! Selama gua duk serumah dengan mamat ni. Hujung minggu masa sidai baju, gua main2 intai kira....

"Saudara Rayyan, bukan kah seminggu ada 7 hari?"
" Ha la..apsal?"
"Tapi apsal gua kira boxer lu ada 4 je?"
"Lu penah makan hanger baju yang diperbuat daripada besi tak?!"
"Ala relax la..gua tanya je. Eleh period la tu..kah3.." Ketawa gua bila dah confirm dia ada 4 je boxer!
Rayyan yang tenang macam biasa senyum je manjang.

Penah jugak gua termasuk bilik dia. Termasuk okay! Hehe..Seluar kerja dia ada 2 helai je,jeans 3 helai je. Yang paling gua sebak bilik mamat ni ada comforter je..ala tilam toto tu..plus 2 bijik bantak penyek! Gua dah main syak2 dah ni..gua agak mamat ni pakai tulang belakang titanum gamaknye. Gua pun dalam hati start la mengumpat si Rayyan ni. 

"Bukan keje 5 hari ke seminggu,apsal ada 2 je seluar keje dia?" Garu kepala gua pikir.
"Gaji kemain ribu2... malam masak kat rumah,henfon cap ayam..takkan la seluar dgn tilam pun tak boleh nak beli mamat ni.." Soal gua sambil monolog ala sinetron yg dok tayang tiap2 petang tu.

Baru2 ni pulak, bila malam lepas keje asyik hilang je mamat ni. Gua masuk bilik Rayyan, gua tengok banyak buku2..buat part time rupanya mamat ni. Jenis bijak simpan rahsia budak ni..ke dia low profile?

Dan yg terbaru sekali gua terserempak dia sembang2 dengan agen insurans dia. Gua main usha dari jauh je. Mamat ni memang dah banyak kali sakit, ni mesti kes clain isurans ni. Ada jugak gua tanya..

" Bro lu apahal jumpa mamat insurans tu?" tanya gua.
"Ala saje tanya khabar, lama tak jumpa kan.." ringkas je di jawab.

Gua dah syak lain macam dah ni. Maka gua secara rahsia pegi jumpa mamat isurans tu sendiri. Saje nak jaga tepi kain orang. Maklum la gua ni tak berapa reti nak pakai kain so kalau lucut mau trauma makcik2 yg jual cendol tu kang..hehe..

"Dia terminate insurans dia" jawab brader insurans tu dengan muka yang bakal hadapi drop sales!
"Kenapa?" Soal gua ringkas.
"Entah, katanya family matter. Tanggungjawab dah bertambah kata nya..lagi2 time hujung tahun ni..nak raya sakan kot.." muka brader insurans ni dah rupa nak tukar profession gua tengok.

Gua sebagai sahabat terpower dia gua dengan muka gagah gua pegi jugak tanya Rayyan sendiri. Walaupun gua dah dapat agak muka gagah gua ni bakal dihiasi mata berkaca lagi.

"Woi! Lu meh sini jap..gua nak dengar story lu kejap" Gua memang suka woi2 je degan Rayyan ni, sebab gua tahu dia takkan marah. Dia sangat steady bagi gua.
"Apsal? Rindu gua la tu?" Seloroh Rayyan.
"Meh gua terus terang dengan lu.. Lu apahal ni..terminate insurans,keje part time,weekend hilang,makan pakai sendiri tak cukup...gua nak dengar sendiri lu cite dengan gua..cite cepat!" Bentak gua.

Rayyan diam,tapi macam biasa dia masih mampu senyum.
Bagi gua mamat ni sgt baik dan tenang. Bayangkan dia punya baik sampai mesin yang telan kad masa nak keluar masuk parking tu pun dia boleh cakap terima kasih. Sama la jugak hal nye kat scanner Touch 'n Go kat highway tu. Kalau scanner tu makwe,kompom2 cair dengan mamat ni.

"Lu betul nak tau semua ni?" Soal Rayyan.
"Ha la...bro lu kawan gua..kalau ada hal meh gua tolong.." jawb gua dengan nada nak beri bantuan,macam la power sangat gua ni.

Antara jawapan Rayyan :

"Hidup gua ada prinsip, prinsip gua macam carta lagu..ada ranking.."
No. 1 : Allah
No. 2 : Keluarga
No. 3 : Qaseh
No. 4 : Kerja

"Berbalik ke soalan lu.."

Gua terminate insurans sebab > Mane lagi lu sanggup tengok...lu takde perlindungan insurans ke @ lu nak tengok family dengan makwe lu tak happy?

Gua buat part time > Macam mane lu boleh senang- lenang rehat time malam kalau family + awek yang lu sayang keje siang malam cari duit?

Makan pakai gua tak cukup > Lu boleh rasa kenyang ke..boleh rasa pakaian selesa ke kalau family dengan bakal bini lu lapar..pakai yg tak selesa?

Weekend gua hilang sebab > Gua ni tak reti agama bro..kalau gua tak bagi masa tuk gua blaja agama. Mungkar Nankir soal nanti gua nak jawab ape?? Gua tak nak masuk neraka..

"Gua kalau orang benci atau marah gua sekali pun..gua akan tetap sabar. Sebab gua segan kat IC gua ada tulisan Islam. Tapi gua segan sebab tahap sabar gua tak macam Rasulullah..."

Sebijik2 ayat ni keluar dari mulut Rayyan, tapi muka dia macam biasa tetap tenang.
Aku tak kenal Qaseh..tapi aku yakin kalau Qaseh kawen dengan Rayyan. Semua pasti baik2 belaka buat Qaseh. Ya sekali lagi mata gua ada kaca2 yang entah dari mane datang.
Kalau gua ada anak nanti gua nak bagi nama Rayyan, biar tabah sabar tenang macam sahabat puaka gua ni.


p/s : Gua dah start blogging balik. Kalau response bagus gua akan terus menulis. Oh post ni gua cedok2 kat google je..baca boleh percaya jangan! Gua mane reti tulis panjang2..